A trip b4 SPM mybe. HAHAHA // Wednesday, 10 June 2015
|
08:50 |
Assalamualaikum. Maaf dah 2 tahun tak meng-update blog ni haa. INSAFFFFF. Maaf maaf maafff ya Allah memang dah lupa habis pasal blog ni lepas habis form 3. Well life. Now, aku dah form 5. For sure, memang tak caya sebab rasa cepat sangat masa berlalu. Dannnnn manusia datang dan pergi macam takda apa yang berlaku dalam hidup ni. Lupakan.
Well lets start what we left b4. Lets continue our journey. Waaaa awat rasa sedih ni. Baik bismillah mulakan sekali lagi. Bila dah masuk 2015, mulalah tak caya sebab aku dah nak keluar sekolah ((kalau diizinkan oleh Allah SWT nak belajar jauh. Ilmu yang jauh lebih luas kat luar sana)). Tapi, bila tengok diri sendiri, haihhh. Entah. Bila nak insaf? Bila nak mula? Semoga diberi hidayah hahaha insyaallah aamiin. Sama-sama doa. Sama-sama senyum. Ihikk kay gedik kay gedik.
Now, sebelum aku melalut lagi panjang kannn baik aku start apa yang patut dalam entry ni. Bulan lepas, aku diberi peluang oleh Allah SWT bersama-sama sahabat seangkatan dan adik-adik bawah umur daripada aku pergi Langkawi. At first, sebelum aku tahu yang cikgu ((cikgu pengawas)) nak bawak pergi Langkawi, memang aku dah lama mengidam nak pergi. Eh ehh, bukan lama mengidam bertahun-tahun mengidam. Last time pergi pun time primary school. Darjah 5 rasanya. Lama sangat sampai aku ketahuan nak ingat balik. ((Susohhhh ampun jangan pakso den))
So, lepas cikgu ((cikgu pengawas)) gtau yang siapa-siapa nak pergi Langkawi tolong inform awal-awal. Then, aku dengan excited-nya inform kat cikgu. Nampak sangat yang aku tak zabarrr hahaha. Maaf terlebih pulaks. Fyi, aku tak tanya pendapat #genghatikering pon. Hahaha bukan main aku excited. Aku tanya lah salah seorang #genghatikering , Anah. Sebelum tu aku tahu yang Anah tak boleh pergi. Belum dapat kepercayaan yang penuh daripada ibunda dia mungkin. Aku tidak pulak mahu ambil tahu. Aku takut aku campur tangan dalam bukan hal yang bukan aku arif. Aku tanya #genghatikering yang ke2 pulak, Nisa. Sebelum tu hati aku berteka-teki jugak sama ada mak ayah Nisa bagi ke tidak sebab Nisa pun macam Anah. Senasib. Aku faham. Suprisingly, aku tak sangka mak ayah Nisa kasi sebab Nisa ada tegaskan yang semua pengawas memang wajib. Aku tak kesah sangat pasal wajib ka idok. Sebab aku pergi atas kehendak aku sendiri dan mak abah memang okay asalkan pandai jaga diri. Pandai jaga hati. Pandai jaga mata. Pandai jaga agama. Aku masih ingat.
Jadi, lepas 2-3 weeks after waiting for the day, finally boleh jugak jejak tanah tumpahnya darah aku. Teww patriotiknya hahaha. Dalam perjalanan nak pergi Langkawi, Nisa always nak muntah ((sekali aku nak muntah tapi tahan. Tak macho nanti hahahaha ngek)). Aku sedaya upaya tahan gosok belakang Nisa sebab nak bagi sokongan padu kat Nisa ((nak kata yang aku selalu ada dekat dengan hg. Hg selamat dengan aku choiyyy)). Nisa habis pening dalam boat. Ya Allah dalam perjalanan yang tak sampai sejam tu memang buat aku pening jugak sebab sambil-sambil tu aku study physics. ((time tu still dalam exam week. Cayalah!))
Lepas sampai kat jeti Kuah, semua memang wah wahh lah jugak. But not including me lah coz aku dah banyak kali datang hahaha ayat cover. Then, bas sampai terus bawak kami ke Muzium Art of Paradise (3D). Best lah jugak tapi sebab aku suka art memang tenung habis-habis jugak mata aku sampai juling hahaha. Banyak jugak gambar aku tangkap tapi lepas ni lah aku post. Lepas ber-art of paradise bagai, kami dibawa pulak ke homestay tempat kami tidur. Well most specially, #geng5SN memang tak tidur dah termasuk aku sebab kami study group. Ramai tak sokong yang kami buat study group. Tapi, siapa kata yang kami tak mampu? #geng5SN termasuk aku stay up until 4am siot. Caya idok? Yelah isnin tu terus exam physics mahunya tak cuak nak study. ((tapi aku kalah jugak dengan nafsu sebab mata memberat minta tidur)). Nisa, Shafika dengan Anissa jugak termasuk dengan mangsa yang kalah dengan nafus tidur. hahaha. Tinggal Hanani sorang yang study. Beritahu dia pada kami semua, masa dia study sorang-sorang curtain yang jadi pembahagi bilik lelaki dengan perempuan memang angin tiup kuat. Sebelum kami study tu, curtain tak bertiup kuat pun dek angin. Nasib Hanani. ((kami study kat tepi curtain tu sebab kat situ paling cerah)). Malam sebelum kami buat study group tu, cikgu ada bawak kami semua pergi Dataran Helang. Malam-malam mana nampak apa sangat. Bosan punya bosan aku lepak sekali dengan #gengform6 hahaha maaf lah aku memang kawan dengan semua orang. Cuma susah nak rapat ja.
Then dah sehari kami ada kat Langkawi tu, kami g Kilim!!!!!! Seriously memang best pi Kilim sebab best lah naik speedy boat. Aku yang memang lasak gila gila orangnya memang suka sangat benda macam ni. Ikut lah nak percaya atau idok ikut suko lohh. At first gerun jugak sebab jurumudi tu kata baik pakai safety jacket sebab takut jatuh. Memang semua gabra terus cekau sorang satu safety jacket. Yang aku tahu, aku orang terakhir pakai sebab ya ampun malas nak pakai. Tapi takut jugak kalau jatuh haa dalam paya tu kang boya kokak. Hahaha mana ada boya ((kot)). Seriously, tempat dia memang cantik. Hijau ja pandangan. Dalam perjalanan nak g kolam ikan, jurumudi berhenti kat tengah-tengah laut. Entah aku rasa lah. Jurumudi tu cakap kalau air laut warna hijau, laut tu masih cangkat. Cangkat membawa maksud kawasan rendah atau cetek. Kalau air laut warna biru muda, jadi laut semakin dalamlah. Samalah dengan warna laut yang biru gelap tu, lagi lah masyaAllah dalam. Laut tu bergelar laut dalam. Ya rabbi. Aku boleh jugak kata suka bab-bab geografi ni entah sebab dulu waktu form 3 memang cekau A. Hahaha alhamdulillah.
Sampai kat kolam ikan, aku cuma fikir, macam mana lah kalau aku terjatuh atau tersilap langkah terpelecok kaki pastu jatuh masuk kolam ikan yang beshorrr tu. Perghh taknok aku bayangkannn. Ikan tu masyaAllah beshorr ampun. Beshorr agak-agak budak 2-3 tahun normal rasanya lah. Mahu telan tangan aku hancur jugak. Haish taknok bayang! Berfantasi minda elok sangat kembang otak tu. Kat kolam ikan tu ada banyak jenis ikan dohh. Sempat jugak aku pegang sentuh raba-raba belangkas. Tahu apa tu belangkas? Pernah dengar peribahasa melayu? Pi belek buku lahhh! Meh nak kasi contoh, "Hg ni dengan Mie macam belangkas.'' So, dah boleh agak? Haha. Orang kat kolam ikan tu kata, kalau belangkas ke daratan, mesti berpasangan so tercipta lah peribahasa melayu yang memang maha popular kalau digunakan untuk orang ber-couple. Tak caya? Ikut lah masing-masing punya teori.
Petang tu, cikgu ada bagi pelepasan dari pukul 12.00-3.00 ptg nak buat apa sampai lama-lama macam ni. Kami dah di-inform awal-awal oleh cikgu perempuan terutamanya yang cikgu suruh shopping puas-puas sebelum balik Kedah. Hahaha nampak sangat seronok nak habiskan duit. Memang sangat hahaha. Tapi, boleh jugaklah nak dikatakan yang aku bukan dalam kategori yang suka ber-shopping. Malaslah nak jalan-jalan sangat. Sakit kaki! Aku jenis adventurous orangnya memang susah nak ikat kaki ikut shopping. Malas nak rambang mata. Aku cuma beli coklat-coklat ((mesti)) , baju kat adik-adik tersayang , kain batik kat mamamama & kain pelikat kat abah tersayang. Bukan nak kata, tapi memang susah nak pilih kain batik dengan kain pelikat kot. Susohh tak tahu nak pilih mana satu cantik. Aku pun pakai pilih ja nasib bila balik-balik tunjuk kat mak, mak kata lawa. Nasib kau dibah. Abah pun suka dengan kain pelikat yang aku hadiah sebab sehari sebelum aku balik dari Langkawi tu hari jadi abah. Memang bagus kau beli dibah. Nasib hg ingat hari jadi abah. Abah terharu siot aku beli hadiah kat abah. Sayanggggg abah!
Cikgu kata shopping sampai pukul 3, tapi cikgu panjangkan lagi masa dia. Egh jenoh tunggu. Sampai pukul 3.30 ptg tunggu baru habis shopping. Sabar. Dalam pukul 4.30ptg macam tu, kami semua sampai kat jeti Kuah. Nasib belumm depart. Alhamdulillah. Tunggu dalam 30 minit, terus naik boat. Nisa macam biasa, pening kepala. Aku cukup tahan, bukan tahan muntah. tapi tahan gelak. Hahaha. Aku tetap tolong Nisa gosok sapu belakang dia. Kawan baik dunia akhirat insyaallah. Sebelum balik, bas singgah kat masjid. Katanya solat asar. Ramai belum solat. Jadi kami sampai di sekolah dalam pukul 7.00 malam. Penat memang penat tapi best!
Pernah jugak rancang dengan #genghatikering pasal nak g Langkawi lepas SPM. Tapi, tunggu lah siapa-siapa yang ambik lesen kereta dulu, Orang tu lah yang patut drive. Kahkahkah. Happy SPM people! |
